Sunday, July 8, 2007

VIEWBAR AGLOCO

Kepada rakan-rakan yang sudah sign up AGLOCO secara percuma sila click AGLOCO dan download viewBAR dan mulakan untuk mendapat pendapatan sampingan.

Jangan Melabur dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah

FAQ : “Jangan Melabur dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah”

Berikutan pengumuman baru-baru ini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa ia akan mula menyekat akses ke laman-laman web pelaburan tidak sah dari 11 Jun 2007, SC telah menerima lebih dari 340 pertanyaan daripada orang ramai dalam masa tiga hari bekerja mengenai perkara tersebut. Sebagai panduan umum kepada orang ramai, pihak SC hari ini mengeluarkan satu set soalan lazim yang merangkumi pelbagai aspek mengenai langkah yang akan diambil untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah.

1) Mengapa SC menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini?

SC telah berulang kali mengeluarkan amaran kepada para pelabur mengenai risiko melabur dengan skim tidak sah dan juga secara berterusan mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan individu yang berlesen supaya mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Namun begitu, walaupun adanya amaran berulang tersebut, bilangan pertanyaan dan aduan orang ramai yang meningkat menunjukkan bahawa mereka terus mengambil bahagian dalam pelaburan tidak sah sedemikian. Oleh yang demikian, SC telah mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk menghalang orang ramai daripada mengakses laman-laman pelaburan tidak sah ini.

SC akan terus mengambil semua langkah memerangi aktiviti pelaburan tidak sah ini untuk melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia secara keseluruhannya.

2) Bagaimana SC mengetahui bahawa laman-laman web ini adalah tidak sah?

Laman-laman web pelaburan tidak sah tersebut dikesan melalui pemantauan dan penyiasatan SC, serta maklumat yang diterima daripada orang ramai.

3) Laman web manakah yang akan disekat? Mengapa SC tidak menyekat akses kepada semua laman web dalam senarai laman web yang tidak diberi kuasa?

Pada 11 Jun, SC akan mula menyekat sebilangan laman-laman web. Penyekatan laman web merupakan salah satu daripada banyak langkah yang boleh diambil dan SC akan menentukan mengikut kes langkah yang sesuai untuk diambil. Penyekatan laman web tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan ia merupakan proses yang berterusan.

4) Jika SC telah pun mengetahui bahawa laman web tersebut adalah yang tidak diberi kuasa, mengapa ia tidak menutupnya sebelum ini dan mengambil tindakan? Mengapa laman-laman web ini dibenarkan untuk terus beroperasi?

Sebelum ini, SC telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran di seluruh negara mengenai skim ini. Kami juga telah bekerjasama dengan pihak kuasa tempatan dan asing yang lain untuk mengeluarkan amaran dan peringatan kepada pelabur. Dalam usaha menghalang orang ramai untuk melabur dalam skim tidak sah sedemikian, satu senarai laman web yang tidak diberi kuasa disiarkan di laman web SC dan juga disebarkan kepada orang ramai.

5) Adakah ini bermaksud bahawa laman-laman web yang tidak disekat pada 11 Jun 2007 adalah diberi kuasa untuk menawarkan skim pelaburan mereka?

Laman web yang kekal dalam senarai SC selepas 11 Jun, terus dianggap tidak diberi kuasa di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat mana-mana pelaburan dengan pihak yang tidak dilesenkan oleh SC.

6) Bilakah SC akan menyelesaikan operasinya untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah ini?

Usaha SC untuk menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini akan dijalankan secara berterusan.

7) Sesetengah pengendali skim tersebut mendakwa bahawa laman web mereka adalah sah dan tidak dalam siasatan SC. Adakah dakwaan ini benar?

Dakwaan ini adalah palsu. SC tidak pernah memperjelaskan dengan mana-mana pengendali laman web pelaburan tidak sah sama ada mereka adalah di bawah siasatan atau tidak. Sekiranya seseorang pengendali itu berlesen, ia akan tersenarai dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC.

8) Walaupun SC mengatakan bahawa akses kepada laman web pelaburan tidak sah tersebut akan disekat bermula 11 Jun, saya memang pun tidak boleh memasuki beberapa laman web. Mengapa begitu?

Laman-laman web yang tidak boleh diakses sebelum 11 Jun 2007, mungkin telah ditutup oleh pengendalinya.

9) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali wang saya sekiranya saya tidak boleh mengakses akaun saya untuk mengeluarkan pelaburan saya?

Orang ramai yang mempunyai pelaburan melalui pihak tidak berlesen adalah tidak diperuntukkan perlindungan di bawah undang-undang sekuriti. Inilah sebabnya SC secara berterusan mengingatkan orang ramai agar berurusan dengan pihak yang berlesen kerana mereka akan diberikan bantuan di bawah undang-undang sekuriti. Pengantara berlesen juga dikehendaki menyediakan langkah-langkah perlindungan pelabur yang merangkumi keperluan untuk menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah.

10) Adakah laman-laman web tersebut akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan??

Tidak, laman web pelaburan tidak sah tidak akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan.

11) Sekiranya laman-laman web tersebut dibuka semula, adakah ini bermakna mereka telah mengesahkan skim pelaburan mereka?

Sekiranya pihak tersebut tidak disenaraikan di dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak berlesen untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan melalui mana-mana laman web. Sekiranya tidak pasti, sila semak dengan SC sebelum membuat pelaburan.

12) Haruskah saya terus melabur dengan pengendali/ejen laman web pelaburan tidak sah yang boleh menghubungi saham melalui e-mel/SMS/telefon/dsb?

Sekiranya laman web tersebut telah disekat, pelabur hendaklah menghentikan pelaburan mereka serta merta. Sekiranya pihak tersebut tidak dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak dilesenkan untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan.

13) Adakah saya boleh mengakses laman web yang sama dari negara lain?

Anda mungkin boleh berbuat demikian kerana akses hanya disekat dari Malaysia. Bagaimanapun, adalah tidak bijak untuk terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini apabila pelabur telah pun diberi amaran oleh pihak berkuasa bahawa pihak ini adalah tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian. Pelabur adalah dinasihatkan agar memeriksa status pelesenan mana-mana skim pelaburan yang mereka untuk melabur di dalamnya, sama ada dengan pihak berkuasa tempatan atau asing yang berkaitan.

14) Adakah saya melanggar mana-mana undang sekiranya saya hanya seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah?

Ya, sebagai seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah mungkin melanggar undang-undang kerana bersubahat dalam menyebabkan berlakunya satu kesalahan.

15) Apakah penalti atas kesalahan mempromosi atau bersubahat dalam aktiviti pelaburan tidak sah?

Seseorang yang didapati mempromosikan atau bersubahat dalam mana-mana aktiviti pelaburan tidak sah boleh didenda sehingga RM1 juta atau boleh dipenjarai bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

16) Selain menyekat laman web, apakah yang akan dilakukan oleh SC?

SC akan terus mengambil semua langkah bagi memerangi aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah. SC juga akan meneruskan program kesedaran pelaburnya.

SURUHANJAYA SEKURITI

Kuasa Forex

Bagaimana KuasaForex Menguntungkan ANDA?

Anda akan diberikan PERISIAN/SOFTWARE Istimewa indikator khas KUASAFOREX yang diertakan bersama pembelian ebook ini. Anda hanya perlu LONG(BUY) bila indicator berwarna biru & SHORT(SELL) bila indikator berwarna merah. Ianya lebih mudah dan senang untuk membolehkan anda trade dengan betul. (tidak ditunjukkan di sini)

Setelah anda tahu posisi mana yang harus anda ambil (sama ada BUY atau SELL), anda kemudian boleh melakukan trade menggunakan trading platform apa saja sama ada menggunakan Streamster Marketiva, FXCM TradeStation atau apa saja trading platform.

Contoh:
Jika anda menggunakan Streamster Marketiva dan bila anda check Indicator Kuasaforex, ia menunjukkan BUY untuk pair GBP/USD. Jadi, pada Streamster Marketiva (atau apa saja trading platform yg anda guna). anda klik "Offer" atau BUY. Bila selesai, anda kini telah mempunyai posisi LONG atau BUY. Begitulah caranya,tak kira sama ada anda trade guna Streamster, FXCM TradeStation ataupun Metatrader. Semuanya boleh. Yang penting, anda tahu arah pergerakan pasaran (sama ada UP or Down)

Indicator Kuasaforex ini memberikan trading 'tips' bagaikan seorang pakar memberi anda "tips" untuk mendapatkan trade yang meguntungkan. Penerangan lanjut akan diberikan secara terperinci di dalam ebook KUASAFOREX.

ebook KuasaForex juga akan memuatkan asas-asas bagi analisis teknikal (carta candlestick dan indicator lain-lain seperti MACD, RSI, Bollnger Band dan lain-lain) serta penerangan mengenai analisis fundamental yang mudah difahami.

Kuasaforex ini sangat sesuai untuk sesiapa saja, tak kira sama ada masih yang baru menceburi bidang forex ataupun yang telah berpengalaman tetapi masih tercari-cari trading method yang lebih menguntungkan.

"....pendapatan 3 hari forex saya telah menghasilkan RM$52,000 .....melebihi setahun gaji saya dahulu..."

Nasir Yacob,
Full Time FOREX & Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) Trader/Investor

23 Mar 2007

http://www.kuasaforex.com

Sahabat sekalian,

Forex sungguh hebat kuasanya (powerful) dalam menjana pendapatan yang sebelum ini tidak terfikir oleh kita. Dagangan forex dibuka 24jam sehari tanpa henti dan jumlah dagangan pula melebihi USD$2.5 trillion setiap hari- suatu jumlah yang cukup besar untuk mengkayakan semua orang termasuk anda dan saya. Jika saya dan anda mengambil RM10,000 setiap hari pun, takkan luak. Warrent Buffet juga mengakui kuasa yang ada pada forex yang beliau sifatkan sebagai senjata kekayaan terhebat.

Dengan kecanggihan internet, urusniaga forex menjadi sangat mudah. Anda hanya perlu komputer & internet saja. Dengan hanya membuat beberapa "click" sahaja, anda mampu menjana pendapatan bulanan yang jauh melebihi pendapatan tahunan anda sekarang. Buktinya, transaksi 2 hari forex saya di atas telahpun menjana RM$41,300 dan jika dicampurkan pendapatan 3 hari forex saya, telahpun mencecah RM52,000 ....sama dengan setahun gaji saya dahulu

Yang bestnya, pendapatan 2 hari seperti yang ditunjukkan di atas itu, saya diperolehi dengan hanya membuat 11 "click" (11 position) sahaja di depan laptop saya. Sungguh mudah tapi hasilnya sama seperti bekerja di pejabat selama setahun. WOW!!! Inilah kuasa yang ada pada forex. Work smart,not hard.

Seorang super trader terkenal, Dan Zangler, dari hanya seorang bekas kontraktor binaan telah menjana $11,000 menjadi $18,000,000 ($18juta) hanya dalam masa 18 bulan saja. Ianya samalah seperti menjana $1,000 menjadi $1.8juta dalam masa 18 bulan. Tidakkah anda teringin menjadi super trader seperti itu?

...FIKIRKAN BOLEH !! Anda tentu boleh... Semua teknik yang menjana pendapatan forex saya seperti di atas akan dibongkarkan habis-habisan di dalam buku KuasaForex. Milikilah kunci kekayaan yang hebat ini. Jangan menafikan hak anda menjadi kaya... Manalah tahu, mungkin kekayaan anda ada di forex. Hanya menunggu anda mengambilnya saja.

Bagaimana saya mendapat ilmu yang amat berkuasa ini?

Ceritanya begini. Saya terjumpa seorang kawan lama yang kini telah menjadi seorang yang amat kaya. Saya pasti beliau telah berstatus jutawan walaupun beliau menafikannya. Orangnya sangat "humble", tak banyak cakap dan low profile saja. Umurnya baru 30 tahun,tidak pernah bekerja tetapi mampu memiliki bungalow, beberapa buah condominium dan juga memandu Mercedez S-Class. Semuanya diperolehi sendiri, bukan harta pemberian dari ibubapa. Dahsyat betul kekayaannya!

Bila saya tanya bagaimanakah dia memiliki kekayaan yang hebat ini, beliau memberitahu saya dengan satu perkataan saja : FOREX

Pada masa itu saya tak tahu apa-apa pasal forex. Saya pun mohon agar beliau sudi mengajar saya, tapi beliau tak mahu. Berkali-kali saya berjumpa dengannya, puas merayu dan memujuk, saya kemudian menawarkan RM$5,000 untuk belajar dengannya, namun dia tetap menolak. Masa tu, saya frust habis. Apakan daya, saya tidak boleh memaksanya mengajar saya.

Beberapa bulan kemudian, beliau menelefon saya & mengajak saya minum di Starbuck KLCC dan memberitahu saya yang beliau akhirnya bersetuju mengajar saya kerana melihat saya bersungguh benar. Saya gembira teramat sangat!! Tapi satu pesanan & amanatnya: saya tidak boleh membocorkan rahsia ini kepada orang lain, KECUALI kepada orang yang benar-benar berminat sahaja. Tak ada gunanya mengajar orang yang tidak benar-benar berminat atau bersungguh-sunguh. Dapat penat saja katanya.

Kemudian, buat pertama kalinya, beliau memperlihatkan kepada saya pendapatan harian forex melalui laptopnya. Mak datok!!!! Bagai nak tercabut jantung saya apabila melihat sendiri pendapatannya pada hari itu sahaja telah mencanak-canak naik melebihi RM10,000 sehari sedangkan dia hanya duduk rileks minum kopi di Starbuck sahaja....

Saya hanya tiru dan ikut saja teknik tersebut, dan saya juga telah berjaya memperolehi pendapatan sepertinya juga, melebihi RM$10,000 sehari. Jadi saya pasti anda juga boleh tiru dan mendapat faedah yang sama juga.

Untuk Maklumat Lanjut:
http://www.kuasaforex.com